Soda bikarbonat bukan sekadar bahan dapur yang biasa-biasa. Ia ada efek yang boleh buatkan para wanita bahagia miliki wajah berseri-seri. Sebabnya, ia boleh jadi ejen yang menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah.

Nota Penting

Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.

Masker Scrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Cik Puan Awatif Osman ini bantu buang jauh-jauh kulit kusam. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dapur anda saja.

Bahan-bahan

● 2 biji comel limau nipis@ limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.

● 1 sudu besar soda bikarbonat

Langkah Demi Langkah

1. Potong limau nipis secara melintang. Ni PETUA mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak.

2. Picit limau pada soda bikarbonat.

3. Haaa. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.

4. Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.

Cara Pakai

Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan gitteww. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.

Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terrbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤

Sumber/Foto: Awatif Osman

Baca Sini: Satu Lagi Masker Jimat, Guna Kentang Saja!

Syarat Pakai Masker Alami

* Kulit Jenis Kering: Pilih masker madu, minyak zaitun, oatmeal.

* Kulit Berminyak: Pilih masker lumpur, pisang, madu, putih telur, tomato, lidah buaya dan strawberi.

* Sebaiknya pakai 2-3 kali seminggu sudah memadai. Tak perlu pakai setiap hari.

* Masker jenis skrub pula sebaiknya pakai seminggu sekali saja.

* Tunggu sampai masker kering dalam 30 minit, jangan tersenyum atau ketawa mahupun menggerakkan otot wajah.

* Semasa mencuci wajah, gerakkan jari dalam gerakan memutar.

* Hati-hati semasa memasaki masker, jangan sampai kena bahagian mata.

Baca Sini: Apa Jadi Pada Kulit Muka Yang Ditepek Masker

Via Mingguan Wanita