Sesetengahnya bukan nak mengeluh tetapi inilah realitinya berkahwin dengan pasangan yang bekerja pakai uniform. Emosi kena kental dan tak boleh cepat sentap dengan kata-kata orang sekeliling, malah apa lagi nak banding apa yang dapat. Memang kena banyak sabar daan hebatlah anda yang punya pasangan yang memahami, satu anugerah yang tak boleh dibeli.

Untuk ketahui sebenar dan dunia mereka, baca perkongsian ini...

Aku nikah dengan anggota polis, orang cakap untung lah kau nikah dengan polis. Aku senyum jer, luaran orang nampak macam best jer nikah polis.. yer la boleh sanding pakai baju istiadat.

Tapi diorang tak tahu hati kami macam mana, kadang rasa macam nak nangis pun ada... cuti raya 3 taun sekali tu bersyukur la kalau dapat. Raya haji setiap tahun kat berek ni la kami sambut.

Anak orang jumpa atok nenek... anak-anak kami mengadap muka kami je. Dengan adik beradik kadang boleh gaduh sebab kita cuti tak menentu.

Orang cuti kita bekerja, orang balik kampung kita mereput kat sini... tu belum masuk kena kutuk lagi. Bila kami dapat bonus pergh riuh sekampung, kata kerja tak seberapa bonus banyak.

Diorang tak tahu malam-malam pukul 12 malam dok tunggu laki balik lagi. Dalam hati hanya mampu berdoa supaya suami pulang dengan selamat.

Bila jenayah meningkat salahkan polis... bila polis wat roadblock pun salahkan polis juga sebab jalan jem... memang yang korang kutuk-kutuk itu laki aku. Tapi dah nama pun suami tak kan cubit paha kanan paha kiri tak terasa. Kadang sedih bila laki kita orang cakap macam-macam.

Walau apa pun dugaan, bersyukurlah dengan apa yang kita punya, moga kita mampu menjadi pasangan yang memahami dan menyenangkan hati si dia.

Kredit: Mimie Love Majero