Keikhlasan Siti Fazurina Diuji

Mungkin ramai yang hampir tidak mengenalinya dengan penampilan terbaru bertudung litup. Namun yang pasti wajah pelakon Siti Fazurina yang dirakam lensa kamera cukup ayu dengan imej barunya.

 

Pelakon yang dikenali sejak drama Dunia Anita ini dijemput menghiasi muka depan MW kali ini. Tidak lokek dengan senyuman Nina tiba di Kompleks Media Karangkraf tepat pada waktu. Memegang prinsip berpegang pada janji Nina dengan wajah yang polos tiba dengan senyuman manis bersedia untuk ditata rias oleh juru mekap Epi Temerloh.

 

Dalam bicara bersamanya, Nina tidak lokek berkongsi pengalaman saat mengena kan hijab. Katanya dia bukanlah untuk menunjuknunjuk tetapi merasakan mungkin pengalamannya itu mampu memberi inspirasi kepada wanita lain untuk sama-sama merasai kebahagiaan saat mendapat hidayah itu.

 

Kata pelakon drama bersiri Trilogi Cinta ini, ketika mengambil keputusan untuk mengenakan hijab tiada lain di fikirannya selain mahu menutup auratnya. Lantas dia menyambut ‘rasa’ itu dengan hati terbuka.

 

“Saya tidak punya apa-apa alasan lain untuk bertudung melainkan ianya datang daripada hati dan nurani saya sendiri selepas menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-30 Jun lalu.

 

Apabila perasaan itu datang, saya percaya ia adalah sesuatu yang baik dan ‘datangnya’ pada hari dan waktu yang tepat tatkala usia saya semakin menginjak.

 

“Saya sebenarnya rasa sangat bahagia dengan keadaan itu kerana sudah lama terdetik bilakah waktu sesuai untuk saya mengenakan hijab dan ianya asyik tertangguh untuk dilaksanakan.

 

Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu sungguh baik, ia datang selepas saya selesai menjalani penggambaran Trilogi Cinta 2.

 

“Kebetulan di pengakhiran drama itu menunjukkan saya insaf dan perlu mengenakan tudung, alhamdulillah impian saya tercapai tanpa melibatkan konti drama tersebut,” ujarnya..

 

Dugaan Dipujuk Buka Tudung

Tambah Nina, tidak terlintas juga di fikiran tentang kemerosotan kerjayanya apabila membuat keputusan mengubah penampilannya ke jalan yang diredhai. Pendiriannya jelas, kesemua itu bukanlah terletak pada ketentuan manusia tetapi datang daripada Allah SWT.

 

“Kalau saya tidak bertudung sekali pun, andai itu bukan rezeki saya, ia tetap tidak akan menjadi milik saya. Saya redha dengan semua ketentuan-Nya, tetapi itu bukanlah alasan untuk saya tidak berbuat-buat apa-apa dan hanya menunggu rezeki datang bergolek.

 

“Apa penting adalah usaha. Niat saya bertudung bukanlah untuk sementara waktu, saya rasa sudah cukuplah saya membuka tudung sebelum ini, saya percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

 

“Kenapa saya harus risaukan mengenai itu sedangkan ramai rakan sudah mem bukti kan tudung bukanlah penghalang untuk karier tidak kiralah dalam bidang seni lakonan mahupun nyanyian,”ujar pelakon yang turut membintangi drama Puteri bersama Nora Danish.

 

Kisahnya tidak terhenti di situ sahaja. Katanya lagi setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan ada ujian yang mendatang. Demikianlah yang di lalui Nina, dia diuji untuk melihat sejauh mana keikhlasannya menyahut seruan yang datang.

 

“Apabila saya mengenakan tudung tidak saya nafi kan ada beberapa tawaran yang sepatutnya diberikan kepada saya tetapi ia dibatalkan begitu sahaja dengan alasan sudah tidak sesuai dengan watak dan imej saya.

 

“Ada juga yang terang- terangan memujuk saya membuka tudung ketika ber lakon kerana watak itu sesuai dengan saya tetapi tidak mahu saya mengenakan tudung. Tetapi dek kerana keikhlasan yang mendalam melakukan perubahan ini, saya tetap dengan pendirian saya.

 

“Saya sudah bertudung dan tiada akan membukanya lagi. Saya berdoa agar ditetap kan dalam hidayah yang diberikan dan saya percaya andai peluang memegang sesuatu watak itu terlepas daripada milik saya, ia bukanlah rezeki saya,”ungkapnya lembut.

 

Mantapkan Nama

Hampir sembilan tahun membabitkan diri dalam dunia lakonan Nina atau nama penuhnya Siti Fazurina Mohd Famir menganggap masih banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk meletakkan dirinya sebaris dengan nama-nama besar.

 

Namun dia bersyukur dengan kehadiran ramai muka-muka baru di persada seni hari ini dia antara yang masih mendapat perhatian daripada pihak produksi untuk diberikan watak-watak yang sesuai untuk dirinya.

 

“Kehadiran mereka banyak memeriah kan suasana dunia seni tanah air. Ini secara tidak langsung mereka memandang kerjaya ini sesuatu yang seronok dan mampu mem beri sesuatu yang baik untuk masa depan mereka sendiri. Saya senang dengan keadaan ini dan menganggap ia adalah satu per saingan yang sihat.

 

Apabila adanya per saingan secara tidak langsung kita akan berusaha untuk berusaha memberikan hasil kerjaya yang lebih baik daripada sebelum nya. Ini sesuatu yang baik untuk diri saya sendiri.” ujar gadis yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.

 

Memilih kerjaya dalam bidang seni, Nina sebenarnya memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang. Namun minatnya mendalam mendorongnya terlibat dalam bidang lakonan.

 

“Saya sedar bakat saya dalam bidang lakonan dan tidak ada masalah walaupun saya memiliki diploma pengurusan per-niagaan dan menceburkan diri dalam bidang lakonan. Tambahan pula, keluarga tidak menghalang niat dan cita-cita saya itu.

 

“Melihatkan hasil lakonan saya dalam beberapa buah drama pada awal pem- babitan saya contohnya Dunia Anita, saya menganggap ia adalah satu langkah betul. Mulai dari situ saya berazam untuk terus berjaya dalam bidang ini.

 

“Niat untuk mengembangkan bakat seni memang ada tetapi rasanya buat masa ini saya lebih mahu memberikan tumpuan pada dunia lakonan. Biarlah saya memantapkan lagi nama dan hasil kerja saya dalam bidang lakonan barulah mengembangkan kepada cabang seni yang lain pula,” ceritanya panjang lebar.

 

Rahsiakan Siapa Raja Di Hati

Berkisah kepada soal hati dan perasaan, Nina lebih selesa berkata biarlah ia menjadi rahsia siapa yang bakal menjadi raja di hatinya kelak. Setelah melalui episod sedih dalam perhubungannya, dia menganggap masih belum sampai waktu untuk nya mengakhiri zaman bujangnya.

 

Nina yang pernah melalui waktu perit apabila pertunangan putus di pertengahan jalan menganggap itu bukan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Perpisahan itu adalah salah satu daripada petanda Yang Maha Esa yang lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

 

“Nina tidak meletakkan apa-apa target dan biarlah ia datang secara semula jadi. Selepas apa yang berlaku bukanlah ber makna Nina sudah serik tetapi apa yang boleh dirumuskan perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan diri kita sendiri.

 

“Kalau sudah tiba masanya insya-Allah semua nya akan berlaku dengan baik dan Nina berdoa semoga apabila sampai saat itu nanti, biarlah dalam keadaan yang baik. Apa yang boleh saya katakan kini, saya sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang.

 

“Siapakah dia biarlah ia men jadi rahsia dahulu. Apabila tiba masa nya pasti saya kongsi dengan semua peminat terutamanya pembaca MW,” ujarnya. Mahu menumpukan pada kerjaya terlebih dahulu, kata Nina dia tidak menolak andai jodoh datang itu memandang kan usianya sudah menjangkau angka 30.

 

“Mungkin inilah masa dan peluang untuk saya men capai semua impian saya dalam bidang lakonan dan juga sebagai penerbit. Kini saya lebih fokuskan kepada kerjaya dan pastinya saya mahu berbakti sepuasnya kepada keluarga terutama ibu dan ayah selagi usia mereka masih ada,” akhirinya.