Dia dikatakan meniru gaya seniornya itu. Komen- komen sebegitu memang ‘mencarik’ hatinya, namun akui pengacara dan juga wartawan rancangan majalah jenayah ini dia tidak menafi kan sedikit sebanyak terikut dengan gaya pengacara sebelum ini. Tapi pengalaman mematangkan dan mengajar dirinya. Semakin lama  dia punya gaya tersendiri dan penonton sendiri serasi dengan apa yang ditampilkan. Kini, dia dan 999 seperti sudah tidak dapat dipisahkan. Penonton sudah menerima gayanya. Tiada lagi perbandingan dengan pengacara lama. Paling membanggakan, kini karier wanita yang lebih selesa membahasakan dirinya dengan gelaran Lin ini semakin menyinar apabila diberi peluang menjadi penyampai berita Buletin Utama yang bersiaran pada pukul 8.00 malam. “Sejak menjadi penyampai berita ini, Lin lebih berhati-hati. Apabila sudah kena tamparan hebat ketika mengendalikan rancangan 999, Lin bertekad apabila membaca berita, Lin tidak mahu ‘preview’ cara penyampaian sesiapa pun. “Biarlah ada yang kata penyampaian Lin seperti cara 999 atau nampak tegas, Lin terima secara positif. Apa yang baik Lin akan kekalkan dan jika sebaliknya Lin akan cuba elakkan. Lin sesekali tidak akan meniru orang. “Walaupun orang kata sewaktu berambut panjang, muka Lin mirip Yushani Yushak, dan apabila berambut pendek seperti Anne Raj, Lin tidak kisah. Lin sudah puas menangis. Dugaan itu seperti ‘sekolah’ buat Lin dan Lin lebih senang begitu,” tuturnya berterus terang. Bagi wanita ini biar apa pandangan orang, tapi yang pasti dia punya identiti tersendiri lantas bila ada yang memperkatakan tentang imej dan cara penyampaian nya, ia dianggap perkara positif. Menyentuh tentang imej rambut pendek kata Lin ia adalah hasil perbincangan dengan pihak pengurusan. Malah katanya keputusan itu juga banyak menjimatkan masanya yang perlu melakukan dua kerja dalam satu masa. “Sewaktu berambut panjang, banyak masa diambil untuk menggayakannya. Sambil hendak tunggu  buat rambut, Lin boleh buat skrip 999. Jadi, Lin fi kir, daripada habiskan masa buat rambut, lebih baik potong pendek. Rambut pendek ini senang. 15 minit sudah siap. Memang tidak buang masa.” 

 
Idam jadi pelakon
Riak wajah serius ketika mengendalikan rancangan 999 setiap hari Khamis di stesen televisyen TV3 membuatkan ramai yang ber anggapan bahawa itulah diri  Hazlin Hussain yang sebenar. Namun setelah bertemu dan mengenalinya, pasti tanggapan itu akan hilang sama sekali. Malah menurut Lin, wajah yang serius hanya terpapar ketika dirinya bekerja sahaja. Apa yang nyata wanita berusia 29 tahun ini sebenarnya seorang yang peramah dan suka tersenyum. “Lin bukannya seorang yang serius 24 jam. Orang yang baru kenal Lin di TV, akan takut-takut untuk menegur apabila melihatkan muka Lin yang serius. Lin tidak menafi kannya. Hazlin Hussain yang sebenarnya adalah seorang yang mudah menangis. “Lin seorang yang sensitif dan tidak boleh diusik. Orang tengok Lin seperti gagah dan tabah. Tetapi sebenarnya sangat sensitif. Lin sangat serius sewaktu bekerja tetapi di luar waktu kerja Lin adalah orang yang sangat berbeza.” Siapakah Hazlin  Hussain sebenarnya? Wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini memasuki dunia penyiaran setelah penglibatannya dalam rancangan Gadis Melayu 2. “Pada mulanya Lin mahu menjadi pelakon. Itulah sebabnya Lin memasuki program Gadis Melayu 2. Tetapi Lin tidak tahu tujuan program itu diadakan untuk mencari  pengacara. “Kemudiannya, Lin terpilih sebagai salah seorang finalis. Selepas itu Lin men dapat tawaran dari Media Prima untuk mengendalikan program 999. Lin tolak pada mula nya kerana tidak mahu jadi pengacara. Tetapi apabila Lin fikirkan semula, peluang sebegini sayang untuk ditolak kerana ia boleh membawa  kepada peluang yang lain. "Siapa sangka, sudah tiga tahun Lin jadi pengacara dan wartawan rancangan 999. Sekarang ini Lin bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi penyampai berita. Itu satu perkara yang menyeronokkan dalam kerjaya Lin,” tuturnya. 
 
Ambil semangat Siti Nurhaliza 
Bukan mudah untuk menjadi pengacara dan penyampai berita dalam satu masa. Hazlin turut mengakuinya. Paling utama jelasnya, dia perlu pandai mem bahagikan  masa. “Rancangan 999 adalah program rakaman. Manakala berita adalah siaran secara langsung. Namun per bezaan ini tidak merisaukan Lin kerana jadual yang  telah disediakan dari awal membolehkan Lin mem bahagi kan masa antara kedua-dua tugasan ini. “Tapi Lin akui ada juga yang ber pendapat disebabkan punya  asas dalam bidang pengacaraan rancangan 999, agak mudah bagi Lin untuk menyampai berita. Sebenarnya banyak perkara yang perlu Lin pelajari lagi. Tetapi  syukur Lin boleh melakukannya. Paling penting adalah kita perlu pandai membezakan antara kedua nya.” Jelas anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik ini, mengendalikan rancangan 999 adalah paling men cabar, terutamanya sewaktu kali pertama dia menyertainya. “Lin tidak ada langsung latar belakang berkaitan jenayah. Lin tidak baca tentang jenayah kerana Lin tidak suka kekejaman dan pembunuhan. Sebab itu Lin tidak mahu ambil tahu berkaitan jenayah. Apabila masuk  sahaja 999, Lin kena belajar daripada kosong. “Tetapi, menjadi penyampai berita, adalah sesuatu yang Lin idamkan sejak kecil. Itu adalah permainan Lin sewaktu
kecil. Lin ingat lagi, bapa belikan kotak dan buatkan ia bentuk empat segi seperti TV. Dia kemudian berikan kepada Lin. Lin akan berlakon membaca berita di dalam kotak seperti TV itu. “Kini Lin realisasikan dalam kehidupan sebenar. Lin memang suka. Jika dahulu, keluarga adalah penonton setia. Sekarang ini sudah ramai yang menontonnya dan Lin bertuah diberi peluang sebegini,” ujarnya yang amat mengagumi penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. “Dia adalah idola Lin sejak  masih bersekolah lagi. Lin suka perhatikan perkembangannya, bagaimana dia bangkit daripada kesusahan. Walau dia berlainan bidang tapi Lin suka ambil  semangat positif darinya.” 
 
Lihat PATI mati depan mata
Walaupun bertindak sebagai pengacara, ada kalanya gadis ini turut turun padang sebagai wartawan. Ketika inilah banyak pengalaman yang dikutip. Antara yang tidak dapat dilupa adalah melihat sendiri pendatang asing tanpa izin mati (PATI) di hadapan matanya sendiri. “PATI itu jatuh daripada tingkat lima sebuah bangunan. Ketika itu nyawanya 50/50. Lin tidak pernah lihat orang mati dalam keadaan begitu dan hati Lin sangat sayu apabila melihat penguat kuasa mengazankannya. “Kejadian itu memberi kesan pada Lin hingga sekarang. Bila menyampaikan berita tentang kejadian sebegini cara penyampaian Lin jadi berbeza. Lin  membayangkan suasana itu dan perasaan sensitif itu makin tebal,” ujarnya yang bersyukur biar selalu melihat penjenayah ditangkap, namun setakat ini dia tidak  menerima ugutan atau ancaman luar biasa daripada penjenayah. “Lin lebih kepada melaporkan sahaja. Kalau kategori yang terlalu bahaya, polis menasihatkan kami tidak mengikutinya. Lin bekerja secara bijak. Lin tidak mahu menggadaikan nyawa. Bila rasa risiko sangat tinggi, jangan bodohkan diri. Hasilnya belum tentu.” Sebelum pertemuan berakhir, sempat juga bertanya tentang azam tahun baru pengacara ini. Ternyata dia punya cita-cita tinggi dalam bidang yang diceburi kini. “Jika boleh, Lin mahu terbitkan program sendiri. Lin mahu menghasilkan produk atau program yang dicetuskan sendiri. Lin sebenarnya suka program  kerohanian yang digabungkan dengan logik sains. Idea ini Lin dapat sewaktu menunaikan umrah pada bulan April lalu. Lin suka benda yang logik,” ungkapnya.