Bukan semua orang tahan naik kenderaan lama-lama, pasti ada yang alah dan mabuk. Ada yang ambil pil dan ada yang guna petua tradisional. Namun anda boleh cuba beberapa petua yang mungkin senang didapati sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
 
 
Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
 
 
Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya dalam perjalanan.
 
 
Bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalanan.
 
 
Dapatkan batang kangkung yang menjalar panjang. Kemudian lilitkan dan ikat di pinggang. Mudah-mudahan anda tidak akan pening dan mabuk lagi.