Telur Bungkus memang sedap dinikmati dengan nasi putih. Tapi nak buat telur bungkus yang elok sempurna kejadiannya memerlukan teknik dan cara yang tertentu.Lebih-lebih lagi ketika ingin terbalikan telur ke dalam pinggan. Kalau salah teknik, memang boleh hancur telur jadinya.

Menerusi perkongsian Herda Johan, beliau berkongsi resipi dan menunjukkan cara  menghasilkan telur bungkus yang sedap serta elok sempurna bentuknya ketika diangkat ke dalam pinggan.

Bahan-Bahan (Inti):

isi ayam secukupnya

3 ulas bawang putih  (tumbuk lumat)

1 biji bawang besar (potong dadu)

mix vege secukupnya

sedikit cili kisar

sedikit sos tiram

sedikit sos cili

perasa gula garam

3 atau 4 biji Telur

Cara Membuat:

1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar,isi ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.

2.Masuk sos tiram & sos cili. Letak air sikit bagi pekat dan masukkan perasa.

3. Pecahkan telur dan pukul rata sehingga sebati.

4.Leretkan minyak keliling permukaan kuali. Buang minyak berlebihan dan gunakan Api sederhana.

5.Tuang telur dan biarkan tepi telur kering.Kemudian letak inti dan bungkuskan ia ikut cara dibawah ini.

 

Info Ekstra!

1.Elok guna kuali yang tak melekat.

2.Sewaktu letakkan inti atas telur, jangan angkat dahulu.Sebaliknya,kikis bahagian tepi telur dahulu agar telur tidak melekat sewaktu hendak terbalikkan nanti.

3.Sewaktu mahu terbalikkan telur, tekap telur dengan pinggan.Sebelah tangan pegang pinggan dan sebelah tangan lagi pegang telinga kuali. Selepas itu, telangkupkan cepat-cepat.

Kredit: Herda Johan via Masak Apa Hari Ni (MAHN)