Pasti ramai yang sukakan Kari Daging Merah, yang mana MW dapatkan resepi khas untuk peminat kari. Salah sebuah restoran yang menyediakan hidangan Thai yang enak adalah Golden Orchid Oriental Thai Cuisine.

Pelbagai pilihan berasaskan bahan-bahan segar seperti ikan, udang segar boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan. Bagi mereka yang ingin mencuba masakan ini di rumah, anda boleh mencubanya. 

 

 

Bahan-bahan:

 

150 gram daging } dihiris kecil

50 gram kacang panjang } dipotong

50 gram terung bulat } potong kecil

50 gram terung kampung } potong kecil

10 gram daun selasih

5 gram cili kering merah

5 gram daun limau

100 gram cili merah besar

50 gram bawang merah – dihiris halus

50 gram bawang putih – dihiris halus

1 biji buah limau purut

3 batang serai

50 gram belacan

 

Cara membuatnya:

  • Rebus daging, kacang panjang, terung bulat, terung kampung dan masukkan santan. Biarkan  sehingga mendidih.
  • Masukkan sup ayam bersama gula, garam, bawang merah, bawang putih, buah limau purut, serai, kunyit, belacan. Kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali hiaskan dengan daun selasih, cili hijau dan daun limau.