Secara jujurnya bila kali terakhir makan ubat cacing? Jika sering rasa letih,tak sihat, sakit perut, batuk teruk berpanjangan dan sebagainya mungkin merupakan tanda, tubuh badan ada jangkitan cacing!

Bahaya sebenarnya jika cacing-cacing ini dibiarkan 'membiak' didalam badan kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan pada kesihatan.

Berikut merupakan perkongsian nota ringkas mengenai jangkitan cacing oleh Dr Abdul Rahim Nor sebagai panduan.

ILMU KESIHATAN. Artikel 274

1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dalam usus anda.

2.Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia.kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah immune & kebersihan tak dijaga.

3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1 tahun 6 bulan. Ubat Albendazole/Mebendazole yang hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pada cacing & cacing kehilangan tenaga & mati.

4.Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.

5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain-lain binatang peliharaan..

Tanda-Tanda Ada Infeksi Cacing

* Keluar cacing daripada lubang najis atau nampak cacing pada najis.

* Gatal dubur.

* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit

* Anemia - kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.

* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam

* Tiada selera makan, pucat

* Kurang berat badan walaupun selera makan ada

* Menggesir gigi ketika tidur malam.

* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru2.

Cara-cara Elak Jangkitan Cacing

* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan.

* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum makan.

* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.

* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.

* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.

* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.

* Namun, wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing!

Kesan Sampingan Infeksi Cacing

1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah tak henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.

2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.

3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.

4.Ada cacing hisap darah menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

Jadi jangan  pandang acuh tak acuh.Bahaya jangkitan cacing ni.

Cara Nak Bunuh Cacing

1.Makan buah tomato mentah atau

Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.

3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

Kredit: Dr Abdul Rahim Nor